Nuffnang Ads

Ahad, 25 Mei 2014

30hb, suami dapat gaji RM3,000.00 & terus buat internet banking bayar bil:

Bil air RM30.00
Duit rumah RM700.00
Duit kereta RM700.00
Bil telefon suami & isteri RM200.00
Bil elektrik RM170.00
Ansuran motor RM150.00
Yuran tuisyen anak RM150.00

Serta menukarkan RM150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak² bagi tempoh sebulan.

Lalu berbekalkan duit baki RM750.00 balik ke rumah, jemput isteri dari tempat kerja & terus disambut dengan isteri satu soalan:

“Hari ini hari gaji abang kan?? Jom pergi beli barang dapur, banyak dah habis, sambil tu boleh bawa bebudak makan luarlah. Malam ni, I tak laratlah nak masak. Bebudak pun esok hari sabtu cutikan?”

Suami mengangguk lemah, terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah, disambut pula dengan anak yang bongsu, “Ayah, cikgu adik cakap hari isnin, cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru.”

Isteri spontan menyampuk “Minta kat ayah. Ayah baru dapat gaji”


Sambil anak yang sulung pula mencelah, “Ayah, kakak pun nak duit RM30.00. Hari isnin nak beli buku rujukan, dah dekat nak peperiksaan ni.

Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulung. Kemudi,an bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut
dengan bil makan berjumlah RM50.00.

Setelah itu, langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 untuk barang kering dan RM50.00 untuk barang basah.

Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja. Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit yang tinggal hanya dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.

Keesokkannya, pagi sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50. Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu. Si suami ikutkan juga dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00.

Sampai di jalan TAR, si isteri berkenan dengan tudung bawal berharga RM15.00, minta dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar. Kemudian bila ke depan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula, nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. Isteri pun selamba kata

“Bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diorang yang baru ni, murah jer RM15.00″.

Suami keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak.

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik ke rumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar. Minta singgah di kedai makan untuk makan malam. Si ayah kesiankan dengan rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi.

Jumlah keseluruhan baki yang tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM188.50.

Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM180.00.

Malamnya pula, beri pada isteri RM150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta.

Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yang akan datang sama ada sampai atau tidak?

Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu, isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan tidak ada modal. Lalu isteri menjawab dengan sinis,

“Kalau ajak balik kampung saya jer, takde duit. Kalau ajak balik kampung saya jer, abang kata takde duit. Mana pergi duit gaji abang selama ni? Takkanlah seminggu gaji dah tak berduit? Abang ada perempuan lain ke?”

Terpinga pinga suami nak dijawab, jadi perang. Nak diceritakan yang sebenar, nanti disalahkan balik.

Itulah nasib seorang suami.

Sumber - See more at: http://sehinggit.blogspot.com/2014/05/luahan-hati-seorang-suami-bergaji-rm3000.html#sthash.JMAykS1M.dpuf



Sabtu, 19 April 2014

Rawatan Melepaskan Susu Anak ( Menyusu badan dan menyusu botol)


Rawatan Melepaskan Susu Anak ( Menyusu badan dan Menyusu Botol)

Kesesuaian kepada masalah yang berikut:
1.Sesuai kepada anak yang sudah mencapai dan melebihi umur dua tahun yang masih lagi menyusu badan ibu
2.Ibu yang mengandung ( tetapi anak masih lagi menyusu badan )
3. Ibu yang bekerja ( jika anak sudah melebihi 2 tahun sahaja).. jika anak masih kecil... kasihan kat anak.
4. Ibu yang mempunyai penyakit

############Rawatan ini sepenuhnya tiada unsur khurafat dan melanggari ajaran islam.############


Rawatan ini tidak akan dilakukan jika seseorang ibu yang mempunyai 2 orang anak yang masih menyusu badannya. Contohnya jika anak pertama masih lagi menyusu badan ibunya apabila ibu ini melahirkan anak kedua ( kes beranak kerap setahun seorang anak) Rawatan ini tidak akan dilayan walaupun dirayu dan dipujuk. Hal ini kerana apabila rawatan ini dilakukan, kedua-dua anak yang menyusu badan ibu ini akan dengan sendiri tidak akan lagi berminat untuk menyusu badan ibu. Masalah akan timbul jika anak kedua masih kecil dan memerlukan susu ibu. Anak kedua ini juga akan tidak berminat kepada susu badan ibu walaupun dia menangis kelaparan susu ini. Sekali rawatan ini dijalankan. Rawatan ini tidak boleh lagi dibatalkan kesannya (disapu balik).Namun jika anak kedua masih lagi dalam kandungan, rawatan ini masih lagi boleh dijalankan. Waktu inilah waktu yang sesuai kerana jika anak kedua sudah dilahirkan, pasti menimbulkan masalah kepada ibu, sudah pasti kedua-dua anak akan menyusu badan ibu. ( Ibu akan penat )
               Semasa rawatan ini dijalankan, ibu dan anak mestilah berada bersama (dibawa bersama). Jika tidak bersama, kesan rawatan mungkin tidak menjadi atau mujarab. Ada juga ibu bapa yang datang sendiri tanpa bersama anak yang ingin dilepaskan tabiat menyusu sebaliknya hanya membawa gambar anak. Rawatan tidak boleh dijalankan ( jawabnya balik tangan kosong lerrrrr)

Rawatan ini juga boleh dilakukan kepada anak yang menyusu botol ( umur sudah 5,6 dan 7 tahun ) masih lagi menyusu susu botol. Semasa rawatan ini dijalankan, ibu bapa mestilah membawa sekali anak yang menyusu botol bersama botol susunya.

JIKA MEMERLUKAN PERKHIDMATAN RAWATAN INI
SILALAH BERKUNJUNG DI ALAMAT DI BAWAH:

SEPIAH MAT HASSAN( MOK AJI SEPIAH),
LOT 1416, KAMPUNG TOK BELIAN,
LRG KLINIK DESA PAUH SEMBILAN,
16020, TAWANG,
BACHOK, KELANTAN.



Mandi dan hikmahnya....

3 WAKTU DILARANG MANDI :
A. 30 Minit Setelah Solat Asar.
B. Setelah Maghrib.
C. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.
Penjelasan :
A. 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.
B. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.
C. Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.
Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.
Dikatakan :- ۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. ۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. ۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. ۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. ۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. ۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan. ۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. ۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. ۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. ۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, Dikatakan juga:- ۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je... ۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga. ۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah. ۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang. ۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke.... Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke. ۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. ۞ Syaitan kata, "JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG" Sebarkan biar umat islam mngetahui
TARIKH PENTING TERDEKAT:
Isra' wal Mi'raj🌓
- 27th Mei 2014
- tuesday.
Nisfu Sya'ban🌓
- 13th June 2014
- friday.
Ramadan🌓
- 28th June 2014
- saturday.
Lailat-ul Qadr🌠
- 17th July to 26th July 2014
- thursday to saturday
Eid-ul-fitr🌠
- 28th July 2014.
- monday
First day to hajj KT 1
- 27 Ogos 2014
- wednesday
Eid-ul-Adh🐄🐐🐪
- 4th October 2014.
- saturday
ANDA PERASAN KE TIDAK?
Kenapa setiap buah-buahan & sayur-sayuran dilekatkan pelekat seperti di dalam gambar.
Apa maksud nombor yang ada di pelekat itu?
Ni adalah perkara asas yang perlu korang tahu apabila membaca label :
1) Jika hanya ada 4 digit nombor pada PLU?
>>bermakna buah tersebut ditanam secara konvensional @ tradisional, dengan penggunaan racun serangga. So.. please make sure, buah-buahan atau sayuran dicuci bersih sebelum dimakan. 4 digit terakhir kod PLU hanyalah penerangan mengenai jenis buah atau sayur. Sebagai contoh, semua jenis pisang akan dilabelkan dengan kod 4011.
2) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor itu bermula dengan “8?
>>ini bermakna produk itu adalah produk GMO, sudah diubah secara genetik (Genetically Modified Organisms). Sebagai contoh, pisang yang mempunyai kod 84011 adalah pisang GMO.
3) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor bermula dengan “9?
>>itu bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO) jadi ia lebih selamat dimakan.. Sebagai contoh pisang organik, kodnya adalah 94011.

COPY : RIZAL RUKAWA.

Jumaat, 18 April 2014

ikan kelah

Ikan Kelah.

PERTANDINGAN DEBAT/ BAHAS

PERTANDINGAN DEBAT/ BAHAS









( ALA PARLIMEN )
2014
TARIKH: xxxxxxxx
MASA:
 1.15 PM

TEMPAT:
 DEWAN SMKTK
µ  Pertandingan ini terbuka kepada pelajar tingkatan empat dan lima sahaja. Setiap pelajar hanya dibenarkan 
      menyertai satu (1) pasukan sahaja
µ Setiap pasukan yang bertanding hendaklah dianggotai oleh empat (4) orang peserta. Tiga (3) orang pembahas dan seorang pembahas simpanan.
µ Pertandingan akan dijalankan dalam bentuk “Bahas Ala Parlimen”.  Pembahas diwajibkan menggunakan Bahasa Melayu Baku. Akan tetapi bahasa-bahasa lain boleh digunakan untuk terma-terma tertentu dengan izin yang Dipertua Dewan.
µ Pembahas tidak dibenarkan menyentuh isu sensitif yang menggugat ketenteraman awam seperti isu keagamaan, perkauman, politik kepartian, peribadi seseorang atau seumpamanya.
µ Pertandingan akan dilansungkan secara kalah mati di peringkat saringan dan peringkat akhir. Dua (2) pasukan  
    yang berjaya dipertandingan peringkat saringan akan bertanding di peringkat akhir.
µ. Undian akan dijalankan bagi menentukan pasukan dalam kumpulan di peringkat saringan.
µ Pertandingan ini akan diadili oleh panel-panel hakim professional. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dibenarkan. Tajuk perbahasan, kaedah dan permarkahan pertandingan secara terperinci akan dimaklumkan kepada semua pasukan yang layak bertanding
µ Cabutan undi akan dijalankan di bilik Urusetia untuk menentukan pihak kerajaan dan pembangkang 1 jam  
      sebelum pertandingan
Tajuk Pertandingan Perbahasan SMKTK 2014
1. Peringkat Saringan :  Masalah Alam Sekitar; Salah Masyarakat
2. Peringkat Akhir : Sains Dan Teknologi Punca Gejala Sosial.

# Dapatkan Borang penyertaan dan syarat pertandingan daripada Cikgu En Ahmad Rushdi Bin Omar.

    Disediakan oleh,                                                   
    _________________            
( Ahmad Rushdi Bin Omar )                                                   


Soalan+ Sejarah+ Tingkatan+ 4...Ujian Akademik 1.

       Soalan Sejarah Tingkatan 4...
 Bahagian B
 
 
1.      Tamadun Indus banyak memberi sumbangan kepada ketamadunan manusia.
a). Sebutkan dua bandar utama dalam tamadun Indus. ( 2 markah )
 
I.                    ……………………………………………………………………………
 
II.                  ……………………………………………………………………………
b). Bandar dalam tamadun Indus terbahagi kepada dua bahagian, iaitu                    bahagian utama dan bahagian kedua. Apakah fungsi kedua-dua bahagian          tersebut? ( 2 markah )
 
I.        ………………………………………………………………………………..
 
II.      ………………………………………………………………………………...
 
c). Nyatakan dua ciri bandar terancang dalam tamadun Indus.( 2 markah )
 
I.        ……………………………………………………………………………….
 
II.      ……………………………………………………………………………….
 

    d). Nyatakan dua peranan golongan buruh dalam masyarakat Indus. (2 markah)
 
I.        ………………………………………………………………………………
 
II.      …………………………………………………………………………….....
 

e). Berikan nama dewa yang dilambangkan oleh tanduk Proto-Siva. (2 markah )
 
I.        ………………………………………………………………………………
 
II.      ……………………………………………………………………………....
 
Bahagian  C
 
1.      (a)   Apakah yang dimaksudkan dengan “Tamadun”? ( 4 markah )
      (b)   Jelaskan maksud tamadun menurut pandangan Islam.( 6 markah )
 
2.      (a)  Apakah peranan raja dalam sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia?
            ( 4 markah) 

           (b)        Huraikan kegunaan tulisan dalam masyarakat Mesopotamia. ( 6 markah )
 

 
………………… SOALAN TAMAT……………………………
 


       Disediakan  Oleh,


...............................................
En. Ahmad Rushdi Bin Omar
( Guru Sejarah SMKTK )
 


 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
                                                                                                                                             
 

  •