Nuffnang Ads

Sabtu, 19 April 2014

Rawatan Melepaskan Susu Anak ( Menyusu badan dan menyusu botol)


Rawatan Melepaskan Susu Anak ( Menyusu badan dan Menyusu Botol)

Kesesuaian kepada masalah yang berikut:
1.Sesuai kepada anak yang sudah mencapai dan melebihi umur dua tahun yang masih lagi menyusu badan ibu
2.Ibu yang mengandung ( tetapi anak masih lagi menyusu badan )
3. Ibu yang bekerja ( jika anak sudah melebihi 2 tahun sahaja).. jika anak masih kecil... kasihan kat anak.
4. Ibu yang mempunyai penyakit

############Rawatan ini sepenuhnya tiada unsur khurafat dan melanggari ajaran islam.############


Rawatan ini tidak akan dilakukan jika seseorang ibu yang mempunyai 2 orang anak yang masih menyusu badannya. Contohnya jika anak pertama masih lagi menyusu badan ibunya apabila ibu ini melahirkan anak kedua ( kes beranak kerap setahun seorang anak) Rawatan ini tidak akan dilayan walaupun dirayu dan dipujuk. Hal ini kerana apabila rawatan ini dilakukan, kedua-dua anak yang menyusu badan ibu ini akan dengan sendiri tidak akan lagi berminat untuk menyusu badan ibu. Masalah akan timbul jika anak kedua masih kecil dan memerlukan susu ibu. Anak kedua ini juga akan tidak berminat kepada susu badan ibu walaupun dia menangis kelaparan susu ini. Sekali rawatan ini dijalankan. Rawatan ini tidak boleh lagi dibatalkan kesannya (disapu balik).Namun jika anak kedua masih lagi dalam kandungan, rawatan ini masih lagi boleh dijalankan. Waktu inilah waktu yang sesuai kerana jika anak kedua sudah dilahirkan, pasti menimbulkan masalah kepada ibu, sudah pasti kedua-dua anak akan menyusu badan ibu. ( Ibu akan penat )
               Semasa rawatan ini dijalankan, ibu dan anak mestilah berada bersama (dibawa bersama). Jika tidak bersama, kesan rawatan mungkin tidak menjadi atau mujarab. Ada juga ibu bapa yang datang sendiri tanpa bersama anak yang ingin dilepaskan tabiat menyusu sebaliknya hanya membawa gambar anak. Rawatan tidak boleh dijalankan ( jawabnya balik tangan kosong lerrrrr)

Rawatan ini juga boleh dilakukan kepada anak yang menyusu botol ( umur sudah 5,6 dan 7 tahun ) masih lagi menyusu susu botol. Semasa rawatan ini dijalankan, ibu bapa mestilah membawa sekali anak yang menyusu botol bersama botol susunya.

JIKA MEMERLUKAN PERKHIDMATAN RAWATAN INI
SILALAH BERKUNJUNG DI ALAMAT DI BAWAH:

SEPIAH MAT HASSAN( MOK AJI SEPIAH),
LOT 1416, KAMPUNG TOK BELIAN,
LRG KLINIK DESA PAUH SEMBILAN,
16020, TAWANG,
BACHOK, KELANTAN.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan