SURAT LAWATAN SEKOLAH BERINFOMASI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
TAMAN KOSAS
68000
AMPANG SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel
: 03-42936130 No. Fax : 03-42958742
________________________________________________________________________________
“1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Kepada :
Pengetua,
Sek.Berasrama
Penuh Integrasi Gombak,
Bt 8, Jalan
Sg.Pusu,
53100 Kuala
Lumpur Tarikh : 14 Januari 2013
Tuan/Puan,
Lawatan Berinformasi Ke Sekolah Berasrama Penuh
Integrasi Gombak
Dengan hormatnya
merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa
Sek. Men. Keb Taman Kosas Ampang dibawah anjuran Penyelaras Kelas Rancangan
Khas (KRK) dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling ingin membuat lawatan
berinformasi ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak pada tarikh dan masa seperti di bawah :
Tarikh : 26 Februari 2013 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi
Peserta : 80 orang pelajar KRK dan 8 orang
guru pengiring
3. Tujuan lawatan ini diadakan
adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai suasana dan
sistem pembelajaran di sekolah berasrama penuh.
4. Adalah diharapkan agar pihak
tuan/puan akan sudi menerima permohonan kami untuk membuat lawatan ke sana. Sebarang
pertanyaan pihak tuan/puan boleh berhubung dengan Guru Bimbingan &
Kaunseling iaitu Pn.Nur Hazwani Bt Mansor (no.tel : 012-2746184) dan Pn. Erni Bt Jamil (no. tel: 016-3604545).
5. Sokongan padu dan perhatian
serius pihak tuan/puan tentang perkara ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.
Sekian, terima
kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
_________________________
(XXXXXXXXXXXXXXXXXXXI)
Pengetua
SMK Taman Kosas,
Ampang Selangor
Darul Ehsan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan