Nuffnang Ads

Isnin, 14 April 2014

IKAN LAGA SIAM ( IKAN KARENG BANGKOK) IKAN HIASAN YANG CANTIK

Di Kelantan ikan ini menjadi ikan peliharaan dan hiasan di setiap penjuru rumah. Kecantikan bentuk dan warna yang pelbagai menjadi daya tarikan ikan ini untuk menjadi ikan peliharaan ramai. Saiz antara 4cm hingga 7cm sebenarnya memudahkan lagi ikan ini dipelihara, tidak seperti ikan hiasan lain yang memerlukan pengudara mesin untuk mengekalkan tahap pengudaraan dalam air. Ikan ini sebaliknya tidak memerlukan mesin pengudaraan dan hanyalah sedikt ruang untuk meneruskan kelangsungan hidup. Jika di kampung, makan utama ikan ini adalah jentik-jentik.

Saiz ekor yang panjang dan sangat berseni antara keunikan ikan ini. Malah boleh dikatakan... sesiapa yang memandang keluarga ikan laga siam ini pasti terdetik dalam hati naluri mereka mengatakan " wahhhh... cantiknya ikan ini" . Manakala jika kanak-kanak yang melihatnya pasti akan menangis meminta ibu atau bapanya membelikan untuknya... Dengan kepelbagaian warna yang bermacam-macam melalui teknologi kacukan induk, pelbagai warna menarik telah terhasil. Dengan kadar pembiakan yang cepat, ikan ini sangat senang dipelihara.

Masalah utama sepanjang penulis memelihara ikan ini khususnya semasa di alam persekolahan ialah kesukaran bergerak akibat ekornya yang terlalu panjang.  Jika hal ini berterusan tanpa tindakan susulan, ikan yang bermasalah untuk bergerak ini pasti akan mati. Cara terbaik yang penulis telah lakukan sendiri tanpa pembelajaran dari mana-mana sumber dan hanyalah bergantung kepada naluri hati , penulis telah memotong ekor ikan yang panjang ini dengan gunting tajam bertujuan mengurangkan bebanan yang ditanggung ikan laga siam ini.Alhamdulilah... ikan ini sihat dan kembali aktif.

Masalah yang kedua ialah tersangkut di celah-celah akar kiambang ataupun alga hijau. Ekor yang panjang ini akan tersangkut dan jika berterusan dalam tempoh yang lama secara sainsnya ikan ini akan kekurangan oksigen dan akhirnya mati kekurangan oksigen.

Masalah ketiga ialah dimakan oleh cicak. Cicak antara musuh tersembunyi bagi pemelihara ikan ini, ( JGN TERGELAK NOHHHH) hal ini memang berlaku khususnya semasa sain ikan lagi ini masih dalam saiz remaja yang membolehkan cicak mengangkat beban untuk ditarik keluar dari bekas peliharaan dan ikan ini bukan dimakan pun, dengan sain yang besar ikan ini akan dibiarkan diluar tanpa air. ( Jika tidak dikenal pasti, sudah pasti pemilik ikan akan mengatakan ikan ini melompat keluar dan mati kekurangan air.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan