Nuffnang Ads

Isnin, 14 April 2014

Cara Mengatasi + Masalah + Keruntuhan Remaja

Cara Mengatasi Masalah
Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu
 pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan
 pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan:
1.
Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang
serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap
gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa
mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka
serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu
 bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa
memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang
mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah
menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak 
mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap
 positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan
 penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih
anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji,
 berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup
menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi
role model kepada anak.
2.
Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-
aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-
kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-
teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang
dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
3.
Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang
di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar 
sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah
dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.
4.
Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis.
Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir 
sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah
mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak 
 polis.
5.
Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan
seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah
adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program
ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan
dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan
keberkesanan kaunseling tersebut.
6.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang
 penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan selalu agar setiap permasalahnya yang wujud mampun dibincang dan dikenalpasti car terbaik menangani masalah dalam kalangan remaja khususnya pelajar sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan